Khamis, 18 April 2013




ARAHAN : Bina ayat daripada kata kerja dibawah.

        


                 duduk     makan   baca       minum     tidur  





Sila hantar latihan ini pada 4.1.2013 iaitu pada hari Isnin.



LATIHAN 5

ARAHAN : Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.


makan angin           mulut tempayan              panjang tangan
                   
            pencuci mulut               putih tulang         putih mata

1. Pada bulan lepas, keluarga kami telah pergi ........................... di Pulau  
    Tioman.

2. Seorang kawan saya itu merupakan seorang yang .......................... .

3. Lelaki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.

4. Ibu telah menyediakan aiskrim sebagai ........................ .

5. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan      
    ...........................

Khamis, 17 Januari 2013



Tatabahasa

Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, analisis nilai-nilai yang baik 

dan nilai-nilai yang tidak baik yang diamalkan oleh Sang Kancil. 






Sila tulis dalam buku latihan  1 dan hantar kepada cikgu pada hari Rabu 16.1.2013.

Rabu, 9 Januari 2013


Latihan 3

Tatabahasa

Arahan : Berdasarkan bahan rangsangan di bawah, sila bina tiga ayat tunggal. Senaraikan empat pengajaran berdasarkan dialog dalam bahan rangsangan.







Sila tulis dalam buku latihan 2 dan hantar kepada cikgu pada hari Rabu 16.1.2013

Selasa, 8 Januari 2013



LATIHAN 1
            
Karangan Profil

Arahan : Berdasarkan gambar rangsangan berikut, bina sebuah karangan pendek bertajuk “ Aku Seekor Ayam ”. Panjang karangan antara 100-150 patah perkataan.


Sila tulis dalam buku latihan dan hantar kepada saya pada tarikh 14.1.2013.

Isnin, 7 Januari 2013


LATIHAN 2

Arahan : Baca pantun 4 rangkap dibawah. Kemudian, senaraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun tersebut.


Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bika kan hilang,
Itu jadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun
.


Sila tulis dalam buku latihan dan hantar kepada saya pada tarikh 14.1.2013.



Sekolah Kebangsaan Chantum.




SEK. KEB. CHANTUM